Jumaat, 21 Januari 2011

Saat yang penuh ERTI

Hampir genap satu tahun lahirnya orang yang sangat ummi sayangi. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Tanggal 4 November 2010 Alya Maisarah cayang ummi selamat dilahirkan di bumi Sabah, Tawau. Ummi tidak sangka melahirkan permata ummi ni awal 3 minggu..Alhamdulillah...Syukur sangat2 dapat bersalin secara normal..apatah lagi semasa bersalin suami ada disisi. Mungkin inilah erti sedikit ujian berjauhan dengan suami semasa mengandung.Alhamdulillah seminggu sebelum bersalin dapat berita gembira ummi dapat transfer ke Tenom(rezki anak).Allah Maha Mengetahui hambanya.Mudah mudahan Alya membesar dalam keadaan sihat wal'afiah dan menjadi anak yang solehah seterusnya menajadi hamba Allah yang menegakkan agamanya di muka bumi ini kerana wanita itu adalah perhiasan dunia.Ameen...ya Rabbal 'Alameen.

Khamis, 21 Januari 2010



HARI PERNIKAHAN...KENANGAN MANIS YANG TIDAK TERUNGKAP TUK MENGGAMBARKAN KEMANISAN YANG ALLAH KURNIAKAN PADA HAMBANYA.ALHAMDULILLAH.

Rabu, 18 November 2009


ASSALAMUALAIKUM..

KEPADA SEMUA SAHABAT DAN SHABIAH YANG MENGENALI DIRI INI INGIN MENJEMPUTSAHABAT SEKALIAN KE WALIMATUL URUS SAYA SEPERTIMANA MAKLUMAT DI BAWAH:


RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN


TARIKH: 6 DISEMBER 2009

HARI : AHAD

TEMPAT: KG BAKOL, JLN TEDUNGAN, 98700 LIMBANG, SARAWAK


RUMAH PENGANTIN LELAKI


TARIKH: 12 DISEMBER 2009

HARI : SABTU

TEMPAT: KG. TJG. BATU KERAMAT, TAWAU, SABAH



Moga dengan penyatuan ini dianugerahi Allah dengan sakinah, mawaddah dan rahmah berkekalan ke hujung hayat kami. Hayat cintanya kekal sampai ke Syurga.Ameen Ya Rabbal 'Alameen.

Sabtu, 12 September 2009

konvokesyen






Ahad, 17 Mei 2009

Aku Anak Bumi Kenyalang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari ini tiba2 aku terasa ingin meneruskan perjalanan penaku dalam blog ini untuk meluahkan rasa sebagai seorang anak jati Bumi Kenyalang. Timbul persoalan dibenakku..agaknya bilalah aku dapat merasakan transformasi (maksudku dari sudut kepimpinan/pemerintahan)..Walaupun dipimpin oleh Melayu namun persoalannya mana MUslimnya?....to be continue...

PerSahabaTan

Suatu Ikatan yang lahir dari Hati
Keingina yang Ikhlas
bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakrapan
Sesungguhnya sahabat asalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian hidup ini

Persahabatan yang murni dan suci
Adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul di dalam hati kecilku
Sejak perkenalan kita
Kita bina tugu persahabatan
Yang dibentangi dengan kedewasaan
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita
Tidak tumbuh dek rintangan

Hanya satu pintaku
Agar dikau sentiasa Mengingatiku

creat by
-deanlin crafts-

Ahad, 12 April 2009

Family Day SMPI


Julung kalinya diadakan..Namun saya amat terharu apabila melihat semua batch dapat menghadirkan diri.. SMPI adalah keluarga yang paling besar dalam Akademi Pengajian Islam UM..Terima kasih ibu, abi dan ayah kami...jasa kalian tetap kami sanjung dan kenang hingga ke akhir hayat..mudahan kami juga akan menjadi seperti kalian semua.




Ramai juga yang tak datang lagi ye...

Ibu

Ayah & Abi


Sekianlah kenangan manis ketika bersama