Rabu, 18 November 2009


ASSALAMUALAIKUM..

KEPADA SEMUA SAHABAT DAN SHABIAH YANG MENGENALI DIRI INI INGIN MENJEMPUTSAHABAT SEKALIAN KE WALIMATUL URUS SAYA SEPERTIMANA MAKLUMAT DI BAWAH:


RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN


TARIKH: 6 DISEMBER 2009

HARI : AHAD

TEMPAT: KG BAKOL, JLN TEDUNGAN, 98700 LIMBANG, SARAWAK


RUMAH PENGANTIN LELAKI


TARIKH: 12 DISEMBER 2009

HARI : SABTU

TEMPAT: KG. TJG. BATU KERAMAT, TAWAU, SABAH



Moga dengan penyatuan ini dianugerahi Allah dengan sakinah, mawaddah dan rahmah berkekalan ke hujung hayat kami. Hayat cintanya kekal sampai ke Syurga.Ameen Ya Rabbal 'Alameen.

Sabtu, 12 September 2009

konvokesyen






Ahad, 17 Mei 2009

Aku Anak Bumi Kenyalang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari ini tiba2 aku terasa ingin meneruskan perjalanan penaku dalam blog ini untuk meluahkan rasa sebagai seorang anak jati Bumi Kenyalang. Timbul persoalan dibenakku..agaknya bilalah aku dapat merasakan transformasi (maksudku dari sudut kepimpinan/pemerintahan)..Walaupun dipimpin oleh Melayu namun persoalannya mana MUslimnya?....to be continue...

PerSahabaTan

Suatu Ikatan yang lahir dari Hati
Keingina yang Ikhlas
bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakrapan
Sesungguhnya sahabat asalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian hidup ini

Persahabatan yang murni dan suci
Adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul di dalam hati kecilku
Sejak perkenalan kita
Kita bina tugu persahabatan
Yang dibentangi dengan kedewasaan
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita
Tidak tumbuh dek rintangan

Hanya satu pintaku
Agar dikau sentiasa Mengingatiku

creat by
-deanlin crafts-

Ahad, 12 April 2009

Family Day SMPI


Julung kalinya diadakan..Namun saya amat terharu apabila melihat semua batch dapat menghadirkan diri.. SMPI adalah keluarga yang paling besar dalam Akademi Pengajian Islam UM..Terima kasih ibu, abi dan ayah kami...jasa kalian tetap kami sanjung dan kenang hingga ke akhir hayat..mudahan kami juga akan menjadi seperti kalian semua.




Ramai juga yang tak datang lagi ye...

Ibu

Ayah & Abi


Sekianlah kenangan manis ketika bersama

Sabtu, 11 April 2009

SEMUSIM BERSAMA SEABAD TERASA


Saat menunggu ketibaan Cikgu Cikgi. posing la dulu kan.
Puteri Impian

Alhamdulillah dalam bas dah....bertolak

Tiba di Resort.....


sekejap lagi jamu selera

Ketibaan Pensyarah-Pensyarah SMPI 05/06


Persembahan nasyid "Fil Afnan...lucu:)

kenangan yang tidak akan saya lupakan.......



Jumaat, 10 April 2009

Keheningan Pagi

Keheningan pagi yang sunyi ini...aku merasakan ketenangan yang sukar diperoleh kalau bukan pada waktu ini...pagi hari aku masih memberi kebebasan kedapa anggota pendengaranku untuk menerima halwa daripada bebarapa nasyid dan alunan bacaan Kitabullah...di waktu ini...smua saudaraku dalam Mahligai Balqis dalam alam Maya...hanya aku bersendirian menikmati keheningan pagi...udaranya segar bangat...datangnya dari syurga yang kita impikan....inilah nikmat yang Allah kurniakan sebelum Bumi tunduk dan menyerah diri kepada penciptanya juga...namun sahabatku sekalian...ayuh bangunlah sama2 menikmati suasana ini...
Aduh,,,akau tiba2 merasakan sangat rindu pada ibuku yang berada nun jauh di seberang laut sana....Ma usu sangat2 rindu...enda apa hanya sebentar sahaja lagi usu berada diperantauan ini...InsyAllah enda lama lagi usu akan berkhidmat di tanah tumpah darahku...Amin..Buat mama n bapa usu minta maaf dan Doakan kejayaan anakandamu ini...usu doakan agar mapa sentiasa sihat dan dipanjangkan umur....kerna terlalu banyak jasamu kepada anakda dari kecil hinggalah sekarang....

Selasa, 24 Mac 2009

KEMAHIRAN ABAD 21

Masyarakat kita mengalami transformasi yang sangat cepat dan ini telah memberi impak kepada proses pembelajaran generasi moden. Dunia pendidikan juga terpaksa bertransformasi. Guru sangat memainkan peranan yang penting dalam transformasi ini. Kompetensi pedagogi dan keterampilan memindahkan pengetahuan mengalami perubahan yang menyeluruh. Misalnya guru-guru bestari dituntut untuk mampu men-delevery topik pembelajaran dalam bentuk animasi,filem,video,games, multimedia yang interaktif, menarik dan berkualiti. Membentuk atau menghasilkan buku-buku latihan dan teks yang menarik dan mudah difahami, sama sepertimana buku teks pendidikan Islam sendiri dimuatkan link atau web yang boleh menambah pengetahuan pelajar melalui akses internet. Guru juga dicadangkan dan digalakkan supaya membentuk atau menjadikan kandungan pembelajaran dalam bentuk buku-buku elektronik (e-book) yang dapat diakses oleh pelajar secara online selama 24 jam.

Oleh yang demikian,pihak kerajaan memainkan peranan penting untuk menghasilkan kualiti guru-guru (upgrade) dari pelbagai aspek seperti pengetahuan dan keterampilan guru. Secara kesimpulannya terdapat dua perkara penting yang merupakan transformasi yang perlu dihadapi oleh guru abad 21 ialah:
(a) kemampuan guru-guru dalam menggunakan teknologi dalam pembelajaran,
(b) kemampuan para pendidik menerapkan nilai-nilai kehidupan (living values) dalam diri setiap pelajar .

Wallahua'lam.

Isnin, 23 Mac 2009

RESPON REFLEKSI MULTIMEDIA KINI

Refleksi 3:

Soalan 1
Ciri yang perlu ada semasa mengendalikan pembelajaran atas talian ialah perlu adanya sifat rajin untuk sentiasa memberirespon kepada pelajar. Jika guru lambat memberi respon maka pelajar tidak dapat melaksanakan tugasndengan secepat mungkin. Perkara yang penting juga ialah mempunyai kemairan dalam ICT dengan baik. Tetapi tidak semestinya tunggu terlalu advance barulah menceburka diri dalam pembelajarn di ats talian. Guanakn kemahiran yang ada walaupun sedikit.contohnya: Blog.

Soalan 2
Perlu menyediakan link yang bayak yang boleh di acces oleh pelajar.tetapi kenalah memilih link yang sesuai dengan pelajar. Harus berhati-hati terutamanya untuk pelajar sek men.

Soalan 3
Guru tersebut perlu memberikan latihan secara atas talian. Atau pun meletakkan sesuatu yang agak menarik seperti game yang bermanfaat kepada pelajar dan pada akhir pembelajaran guru mungkin boleh memberi sedikirt peneguhan?hadiah kepada pelajar yang dapat melepasi had pemarkahan berdasarkan kehendak guru itu sendiri.wallahu’lam




Refleksi 4:

Soalan 1
Pada permulaan diberitahu tentang tugasan yang diberikan saya sangat gembira dan tidak sabar untuk memulak pembelajaran multimedia supaya dapat mempelajaran kemahiran yang perlu dalam menggunakan ICT untuk P&P. Sebenarnya saya adalah seoarang yang sangat meminati kemahiran ICT. Alhamdulillah banyak sangat benda baru yang saya telah pelajari dalam kelas ini. Cuma satu lagi softway yang tidak sempat untuk dipelajari tapi sangat baik jika sempat untuk dilajari iaitu flash @ swish.

Soalan 2
Pada pendapat saya projek ini sangat bermanfaat untuk praktikum nanti.semua koswer yang dibuat boleh dikumpul dan diberikan kepada semua ustaz/ah yang bakal mengajar (LM) nanti. Jika tidak digunakn dalam kelas pun tidak megapa. Kemungkian boleh digunakan dalam perpustakaan atau masukkan dalam web guru/sekolah untuk kemudahan pelajar atau guru2 yang lain.

Soalan 3
Pada pendapat saya boleh dikekalkan dengan kaedh tersebut tetapi perlu ada pendetailan tenatng apa yang dimaksudkan dengan bintang tersebut. Para juri perlu mengetahui pendetailan tersebut.

Refleksi 5

Cadangan untuk memperbaiki sukatan pelajaran yang terdapat pada subjek ini ialah yang pertamanya penyelarasan proforma bagi semua kelas terutamanya dari segi latihan yang dinilai. Kemudian jadual pembelajaran yang teratur contohnya:minggu 1 untuk belajr 1 softway. Manakala untuk assignment sangatdi persetujui.dihantar pada akhir pembelajaran kerana ia mengunakan kemahiran yang dipelajari semasa di kelas.

Ana akan sambung lagi sendainya dikurniakan buah fikiran lagi selepas ini...boleh kan...

RESPON REFLEKSI MULTIMEDIA KINI

Reflksi 2:

Ramai guru-guru yg tidak mengguakan ICT di sekolah kerana mereka belum bersedia. Namun andai saya akan ditempatkan di sekolah bestarimaka disini lah bermulanyaperanan saya sebagai seorang guru yang mempelajari sedikit ICT multimedia dalam pendidikan untuk sama2 mendorong guru yang lain, supaya mereka juga memafaatkan kemudahan yang ada. Pada langkah pertama supaya memberikan latihan atau kelas untuk mempelajari beberapa kemahiran ICTyang saya ketahui/mahir. Kemudian menyediakan web yang mana guru2 sekolah boleh menggunakan bahan2 yang diperlukan seperti slide show @ video atau bahan2 yang berkaitan dengan P&P.

24/3

12.19pm.

Mengharap RedhaNya

Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
Biar kaki sunyi tanpa perjalanan,
Tetapi jangan sesekali biarkan akal sepi tanpa ilmu,
Hati gelap tanpa Cinta kepadaNya,
Terus berusaha mengharap Redha Rabbl 'Izzati.

Ahad, 22 Mac 2009

PeringataN

Lihatlah dedaunan kekeringan jua
Gugur dibawa sang bayu layu
Tak berguna jiwa manusia di arus usianya
Kesalan tiada makna seandai tiba masa
Putaran roda kehidupan penuh warna2 kesamaran
Jika kabur di perjalanan sesat penghujungnya
Sedari masa
berbeza
Berdetik Usia
Kita janganlah terlena hingga ke akhirnya
sujud pada yang satu
Teguh keyakinanmu
Lenturkan keimanan
Kasihmu
Kepada-Nya
Tuhan Yang Satu...

@drpd sahabatku yang dikasihi.

IndaHnya Ukhwah


Jika embun pagi itu suci...
Suci lagi pengorbana dan keikhlasan...
Jika dikataqkan permata nilam itu indah...
Indah lagi Ukhwah yang terjalin...

Selasa, 17 Mac 2009

SALAM PERKENALAN



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya ungkapkan setinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T kerna dengan izin-Nya jua akhirnya dapat juga saya memulakan langkah dakwah di medan teknologi multimedia ini. Alhamdulillah serta selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, wa ahlihi, wa ashabihi,wa taabi' wa taabi'in. Mudahan dengan ini dapatlah kita berkongsi dalam semua aspek seterunya termasuk dalam golongan yang di sebutkan Allah dalam Firman-Nya yang bermaksud: "Sebaik-baik an-Nas adalah memberi manfaat kepada orang yang beriman"

Khamis, 12 Mac 2009

AHLAN WA SAHLAN

Selamat datang kepada semua yang sudi melayari blog ini